RSS Feed

Tanda-Tanda Anda Jatuh Cinta.......

Posted by: kata pujangga / Category:





Adakah anda sedang jatuh cinta?jangan menafikan sekiranya benar...kalau x percaya mari baca article di bawah ni....

1. Sukar melelapkan mataBiasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.
2. Perasaan sentiasa berdebarPerasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia. Malah anda jadi kelam kabut dan menggelabah apabila dia menghampiri anda.
3. Suka ambil tahuAnda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia daripada kawan-kawannya.
4. Resah gelisahHati anda merasa resah dan gelisah pabila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.
5. Dihinggapi cemburuAnda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.
6. Hobi baru, termenungBila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.
7. DatingAda sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.
8. Rindu.Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.
9. Bergayut di telefonSekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun baru dapat lena tidur setelah mendengar suara si dia.
10. Berubah citarasaKehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.
11. Memberi hadiahAnda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.
12. Awal ke tempat kerjaSejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat rozin
13. Lebih rajinPrestasi kerja anda semakin meningkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.
14. Menjaga penampilanPenampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen terkini. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempesona. Dari hujung rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.
15. DefensifMaknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.
16. MerajukSedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.

http://ayatcinta.wordpress.com/2007/07/23/tanda-tanda-anda-jatuh-cinta/























0 comments:

Post a Comment